12/24/2010

AL-FATIHAH tuk iLa.

salam.
semalam aku dapat berita yang agak mngejutkan. ade kawan aku, dak ukm, dak batch aku, dak keris mas. meninggal dunia sebab exsiden. AL-FATIHAH. kejadian berlaku mase dy otw balik dari sambut besday kawan dy. pagi tadi aku tengok kat wall dy, penuh ngn ucapan takziah. tapi skarang dah diblock. aku ase macam sentap. dalam mase satu malam, apa-apa pon boleh jadi. termasuklah kematian. bayangkanlah kawan-kawan dy yang baru je jumpa dy petang semalam, yang lunch same2 ngan dy, tengok2 arwah dah xde. mesti trauma kan?

ni last profile pic kat fesbuk dy. ape motif letak gamba ni? maybe dy dapat rase tanda2 kematian dy. dan bagi petunjuk kat kawan2 dy supaya tak nangis lepas dy dah xde. aku ingat nak snap pics ucapan2 takziah kat wall dy td, especially from her bff. tapi fesbuk tu dah xleh dibukak dah.hurm. tu la. kalo dah jadi kat kawan sdri, baru la aku dapat ase. insaf. lepas tu aku cari balik notes kat fesbuk, tanda2 kematian. dulu aku penah terbaca. tapi baca je la. xmenghayati pon. now aku cari2, xjumpe dah.



dah tu aku search google. ni antara yang aku dapat. ade certain things ramai dah tahu. tapi xramai yang sedar kalo benda tu jadik kat dy.



Tanda 100 hari menjelang meninggal

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH
SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya.. Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyedari atau tidak.. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan terdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sebarang manfaat... Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ... Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika... Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya..

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan..


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu
diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti.. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.. Telinganya akan layu
dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakan..


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang yaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya..

Tanda akhir

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan
rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian
halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan
berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita
kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula..

...SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITUADALAH BIJAK...





pssst; waktu asar..

8 comments:

♥khairunnisa ar alhan♥ said...

kita tak taw ble ajal kita akan tiba...sbb tu mengingati mati tu wajibkn?

p/s:i follow u back dear

HZQH said...

nice info!!
btw, lagu kat blog ni lagu ape ye?

an nur said...

thnx. lagu nih? jason mraz-prettiest friend.

DiNie~.. said...

gud info=]
jgn lupe ambik award dr blog dnie...=]
tq become be follower

kekelip said...

sedeynye..igt yer pesanan arwah tu..dont cry.. =)

thnx 4 the info..sgt bergunaa!

miss chekleen said...

yeay!!!saya follower ke 100...huhu..
ke 95 sebenarnya..hehe

thanks ye...
info sangat berguna

an nur said...

haha. sye lak konfius. mjur x scroll up, nk tgk tol x dah sratus. hak3. pe daa.

chegu abbas said...

maka bersedialah kita ke arah itu....