1/21/2011

hari jumaat yang terisi.


tajuk booth

huhuhu. ari ni hari jumaat. erm. ade ape ngan hari jumaat?
hari jumaat adalah penghulu segala hari. ^_^
ok dah. nak dijadikan cerita, ari ni, ari jumaat, takde class! yeayy~
x2. sepatutnya ade la terselit satu dua class time pagi. tapi dah batal. sebab bagi chance dak2 india nk smbut thaipusam lelama. dan sebab class batal lah, aku kena jaga booth kat foyer fakulti aku. erk, memang aku yang bagi nama, nak jaga.
kesian d0wh lepas baca meseg kak senior aku uh. haha.

''nis, nk mtk tlg jaga booth jkkp nanti boleh x? sudi x? sanggup x? huhu..
benda tu bukan sepanjang masa, ad shift2.. sekali ag, sudi x??''

huh. tu ayat pujukan terbaek ah. haha. aku bagi hana baca pon dy gelak.
kalo cakap sepatah pon aku nak je kot. bukan wat pape pon kat bilik.
nak wat wiley, kat foyer lagi laju kowt. konon la nak wat wiley. [=.=''


ini hana. nampaknya dy sedang menyiapkan wiley. haha.

dah la aku smpai terlewat. gara-gara naik bas dua tingkap punya pasal la ni.
(tetiba salahkan bas lak). aiyo. ye la, tingkat atas mana ada lokcing bang. takkan nak jerit lak. ''pak cik, sila berhenti'' - bak kata kawan india aku dulu2 masa tak nampak loceng kat tepi dy je. haha. ayat ketat semacam je. maka dengan itu, kami terlepaslah station fakulti lalu kena tunggu dy patah balik, mengambil masa sepuluh minit. hurm.


si tembam itu pastinya hana. ehhe.

ohho. tak kesah la itu semua. yang aku nak cerita, aku ngan hana bajet nak makan dulu la sebelum jaga booth tu. tapi dah sampai sana pon dah lewat spuluh minit lebih, malas ah nak amik masa orang lain. so, suh je la hana g cafe, bungkus je makanan uh. aku memang tak jadi nak makan dah pon. wifi-bar-penuh duk depan mata kowt! haha. sayang nak tinggal. dah tu, hana beli la nuget ngan fish ball kat koop. air mineral tuk dy, air soya tuk aku.


hana suka minum ini. awet muda katanya.


season! pilihan terbaekk.

tetiba ada kakak uh mai. aku ingat dy nak suh aku explain la kot pasal plant design uh. upanya tak. siap bawak empat polisterin ag uh. huh. mula-mula aku ingat la pulut kuning ke hape ke, last2 dy mai lagi, bawak lauk n sayur. pon empat bungkus. mai lagi, bawak air. pon empat bungkus. mai lagi, bawak straw. empat batang. [=.='' . konfius, nape dy tak bawak tros straw tadi. hahaha wahh, bukak-bukak cambest je. rugi je hana beli nuget n fishball banyak2. air pon. kitorang dapat air sirap!~ haha. takde la gempak sangat kan, tapi ye la, nama pon free, sapa tamaw?? ehhe. pikir-pikir balik, agak lama dah la aku tak minum air sirap. last pon masa pegi kenduri kahwin kawan aku punya sepupu punya saudara je la. masa cuti sem lepas. ni anggap la ngah mengimbau kembali zaman di kampong kan. haha.


nasik semata-mata


lauk. ayam. dan. sayur.


air kenduri kawen.


lupa dah kat air soya.

naseb badan. pegi duduk-duduk goyang kaki pon dapat makanan free. aduyai. jimat duit makan aku. haha. dan takde lak ade sesape singgah kat booth aku, tanya sal design uh. segan kot. haha. bla ah. aku pon tanak la explain. huh. poyo. (ke aku yang perasan?)


si tembam jkas.


engineer la tu.


plant design


chem-e-car.

setakat ni je. esok ade explorace for kejut! wish me luck!~
at least doakan aku bangun pagi suda~ ahaha. ujung2 minggu camni
jarang kot nak stay tak tido lepas subuh. huissh. no no no. kena bangun jugakk!!








4 comments:

yoo hana said...

siyes la..ak sgt tmbam!waaaaaaaa

EIPUL said...

aku paling tak suka jaga booth, haha, dulu time practical kena pegi exhibition aku dah rasa tension gila,

aku kagum ko enjoy jaga booth, haha
good good

annur said...

hana; comel la tu?? haha.


eipul; huhu. tah la. sbb jaga ari jumaat, takde orang sangat. so, makan2, fesbuk2, komik2 je la. tak ase cam jaga booth pon. sme je ngan dok kat bilik... huhu.

the GirL said...

bothh sakan de kejut kah?? waa... hebat2.... hahaha