2/25/2011

cikgu taska.

yeah.. anNur is back! anNur is back! wEe~ (takde orang kesah pon.huh.)

dah. sekarang dah cukup seminggu aku bertukar tempat penginapan. dari duduk kat hostel sampai la bertukar, duduk rumah sekali dengan sepupu ak. huhu. dah seminggu ni aku macham dah terrrrrrsangat la boring. memang la ada tv, radio ape sumer. makanan pon cukup sifat. heh. tapi tu la. pagi-pagi mana ada cite cik kak oi. melopong aku depan tv. tengok tv kosong lagi syok. jimat pon jimat. (X_x)

haa. sampai la satu hari tu. sepupu aku pon dah kesian tengok aku dah macham anak kuceng hilang anak. pusing sana pusing sini pusing sana sini. abis setiap calar balar kat dinding rumah tu aku dah leh detect dah pon satu-satu. kipas pon aku dah ingat kira berapa kali dia berpusing dalam sehari. kebosanan terlampau la tu konon. berbalik kepada cerita. dah sepupu aku nampak aku bosan giler duk rumah. so, dia tanya aku, nak keje ke tak. nanti dia boleh tanyakan kat mana-mana kot-kot ada kosong. hape lagi, aku dengan otomatik la tergedik-gedik la depan dia. ''nak nak nak!!'' ok fine. aku pon meluat tengok aku. sejak bila la kegedikan aku tertonjol ni? ish. tak paham betol.

esoknya tu sepupu aku hantar meseg.

''ni kat bawah ofis angah ada keje kosong. tapi sementara je la. sebab dia nak cari orang ganti pekerja bersalin.''

''on. tq!''

''okay. nanti angah balik, kite cite kat rumah.''

''worait.''

ok fine. balik-balik je. dari pintu lagi aku tercegat tunggu, nak tanya pasal tu. then, first sekali mesti la tanya kan keje ape. CIKGU TADIKA. wa wa wa. tergamam aku. maksudnya,,,,

MAAAAAAKKKK!! ORANG KENA JAGA DAN AJAR BUDAK-BUDAK???
huh. aku tak kesah ajar mengajar ni. tapi siyes la aku mana reti nak layan budak-budak. bukan setakat tek reti je. aku takut siot nak pegang budak-budak. nanti dorang nangis. mampos aku kena jadi orang bersalah. erggh! nyesal aku tak tanya masa sepupu aku meseg tadi. tapi nak wat macammana, lembu dah jadik kerbau. ayoyo. takpe la. cikgu tue! kerja mulia. =P

dan masa tu ada la aku meseg dengan bebudak ni. dan aku cerita la pasal kerja tu. huhu. dan alhamdulillah. kawan-kawan aku sentiasa menyokong aku dalam apa jua yang aku lakukan. ni antara meseg yang dorang.

SHILA said ;


AJLAA said ;
HANA said ;


heh. ade aku kesah?? wa wa wa. aku dah cukup lembut untuk pegang budak-budak okay. dah tak kasar-kasar dah. harap maklum. haha. tu la, aku taktahu boleh bertahan sampai bile je. aduyai. aku sendiri tak percaya d0wh bakal jaga budak-budak. my scariest experience of the year nih. nanti aku abadikan setiap bulan ye. ape perkembangan budak-budak under aku tuh. makin berkembang ke, kurang berkembang ke, tak kembang-kembang ke, kot-kot terbantut tros lepas aku ajar dorang nanti. nantikan.. zassss!~ huhu.
dah. sampai situ je. ni aku cilok masuk ofis sepupu aku jap, tumpang guna komputer. tapi sayangnya,, fesbuk takleh bukak. so, takleh nak balas komen korang. dan takleh nak bukak pon. belog dia tak block pulak kan? bez3! huhu. akhir sekali, aku nak thanx la kat kawan-kawan aku yang wat party farewell aritu. tq~

pssst; doakan budak-budak tu tak merana.



3 comments:

NoraChan said...

lembut ke??? kahkahkah... sakit perut aku nak pikir... kahkahkah... rase nak gelak kuat2 bg 1 dunia ni tau... kahkahkahkah.......
ko elok2 ajr dorng Annur.... kang sia2 idop kena saman... kahkahkahkah....

EIPUL said...

haha,
semoga bebudak tadika tu enjoy dapat cikgu macam ko, kekeke
aku dulu lepas SPM penah apply nak jadik cikgu tadika, dia memang seksis abes, taknak lelaki, nak perempuan jek, last2 aku keje kat kedai adidas jek tyme tu,

:: ANNUR :: said...

shila ; ko nak kena lempang ke nak kena lempang?? hisshh!

eipul ; huhu. memang ah. g tadika aritu pon sumer cikgu pompn. dy expect laki garang2 kot. ahhaha. kesian la budak2 kalo camtu. =P