salam..
dah beberapa bulan dah holiday. as always, holiday kali ni pon is very ohsum. huhu. evend0e aku tak keje macham yang aku selalu buat time cuti like before. tapi aku still get new experience dis holiday. not just an empty holiday. w0wowo. kau ape tahu. ;Pape je aku buat eh masa cuti nih? curious tak? ngeh3! perasan ada orang nak tahu sangat kan? kot la aku ade secret admirer lain selain yang ni. aduss. mak tak suka la n0x, secret2 admirer nie. rimas tau tak, rimas! (ceh! macham bagusss. haha.) alkisahnya,, masa mula-mula cuti haritu akak aku tak balik. dia ada praktikal sebulan. aku dengan sukacitanya la meng-offer-kan diri untuk menjaga rumah serta isi-isinya. so, dengan otomatiknya lah aku malas nak usha keja. tapi tak best jugak duk rumah lama-lama. nanti addicted la wei, asyik nak makan tidur aje. kang obesiti, sape nak jawab? kau ingat ade ke orang nak beli lemak terlebih aku nanti haa? dua singgit! dua singgit! alaaahai~
kau tahu kawan aku nasha tuh? kalau taktahu pon senyap-senyap sudah la. kang terasa pulak dia tak femes. hihihi. dia ada ajak aku berjalan-jalan (dalam bahasa aku dipanggil 'berderaq-deraq') kat rumah nenek dia kat melor. on aje.. best laa duk sana, tapi malangnya, jarang pulak aku duk lepak-lepak dengan dia. magic tak? haha. sebabnya, elok-elok aku sampai dalam sehari dua kat situ, dia pon terus dapat keje. dekat je dengan rumah nenek dia tu. tapi selalu keje full. tak dapat melepak sekali. kalau kau nak kata aku ni pembawa tuah pon boleh laa. asal aku ada je,terus dapat keje kan? wa wa wa. segan jugak la duduk sorang-sorang tanpa orang yang mengajak tu ada di sisi. tapi elok aje aku duduk kat situ dalam sehari dua tu jugak, pekerja kat kedai makan makcik dia quit, mendadak gila kot. sampai takde pekerja langsung. err, sekarang dah boleh tarik balik tak ayat aku yang kata aku pembawa tuah tadi? apesal time aku ade je, semua berhenti keje? tak paham betol. h0ihoi, im not a troublemaker la wei. jangan la cakap macham tu. kecik hati aku.. T_T
ah, sukati kau la nak kata ape pon. macham la aku kesah sangat kan. time semua orang pegi keje, bukan aku duk sorang pon. nenek nasha ade je kat rumah. huhu. best jugak la duk dengan nenek dia. hampir pasal semua benda kot dia cerita. haha. walaupon aku tak kenal, tapi dia cerita macham im a part of da family. macham aku kenal setiap orang yang dia cerita tuh. nenek dia pulak jenis yang cool gila, modern style lah kata orang putih. bagi je ape pon. burger, nugget, fries, boleh aje makan. kira first time jugak la aku tengok ada elder like dat. dan nasha ada sorang nephew, nama dia umar. baru dua tahun. tapi paaaandai gila bercakap, walaupon dengar tak dengar je. dan veri de comel. baru dua tahun dah pandai cakap macham-macham. kalau kat taska dulu, under aku budak tiga tahun pon sorang dua je yang mulut petah macham tu. tu pon yang suka melawan cakap aku la. haha. tak kesah la melawan ke tak, nama pon budak-budak. tapi umar memang jenis yang tak suka ngan strangers kot. dan aku pon takla expect dia nak baik dengan aku. mujur aku ni tak berapa nak loving and caring sangat. kalau umar buat taknak taknak macham tu dengan hana, dah sah-sah hana balik nangis bawah selimut punyerrr. hahaha. betol tak hana? kau kan suka budak-budak. =P
ni haa, akceli, aku nak cerita ni. experience aku during dis holiday. walaupon dengan secara tidak disengajakan. huhu. aku kerja kat kedai makan wei. wawawa. err, mula-mula aku memang ingat aku nak menolong aje, sementara maksedara nasha dapat carik pekerja baru. tapi cukup berapa minggu tah, maksedara dia bagi gaji. tu yang otomatik aku consider yang aku kerja kat situ, bukan just menolong. macham tu eh? huhu. masalah terbesar aku, aku tak pandai la nak melayan karenah orang, dan memang aku malas pon nak melayan karenah orang. tambah lagi yang gedik gedik tak bertempat, sila masuk dalam hutan, kau gedik sorang-sorang lah kat situ ye. bab ni memang selalu kena bebel ngan hana. selalu tak bagi reaction dia buat ape pon. naseb kau la hana dapat duduk ngan aku. challenging what? hahaha. haa, dis kind of prob la yang menyebabkan aku nak elak jauh-jauh kalau nak mintak keje yang kena layan orang macham-macham perangai nih. cukup la sekali je aku try. masa jadi cikgu taska aritu. tapi tu budak-budak. selagi tak buat perangai, selagi tu aku boleh melayan. tapi ni orang besau-besau dah. abang kakak, pakcik makcik, datuk nenek, semua golongan orang aku kena hadapi nih. amacam? berani nak imagine tak? =.=''
masa mula-mula keje dulu punya la aku rasa macham hipokrit gila. boleh pulak aku ye ye masa orang tua bercakap, senyum tiap masa walaupon dengan bebudak annoying, tak melenting dengan orang tua gatal main mintak nombor telefon. haha. yang ni aku paaaaling takleh blah. tapi nama pon kedai kopi kan. orang tua tak ingat bini, berlambak la kat sini. amazingly, aku boleh aje tahan dengan mereka-mereka ni. dan lama-lama, aku dah biasa, dah kenal sorang dua yang boleh borak-borak, baru la belajar sedikit sebanyak dengan ikhlasnya nak melayan orang nih. lepas ni kalau hana duduk dengan aku, senyum lebar la kau hana. aku dah takkan buat muka boring dah time kau nak layan korea ke ape ke. kalau kau nak cerita pasal izrul ke ape ke,aku dah tak jeling-jeling dah. erk, tapi bukan ke jeling tu tanda manja? menjeling menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang. gitUwww!~ kau mesti kate tak kan, hana kan? tahuuu. (X_x)
satu je yang bikin gua paaanass selama keje kat situ. pasal ada orang gila, nama dia mat n0or. dia memang siriyesly gila okay. aku bukan sengaja nak sumpah-sumpah orang, tapi dia dah memang gila. kalau sesape duk kat melor, memang diorang kenal kot mat n0or nih. femes kot. *haktuihh!
dia selaaalu buat kacau kat situ. aku pon taktahu memang dia sejak azali suka buat kacau kat kedai orang ataupon sejak dia jadi gila ni je baru dia ada hobi nak kacau kedai orang. aku takut gila tiap kali dia datang minum kat kedai, tambah-tambah lagi kalau kebetulan maksedara nasha pegi beli barang. seriau beb. ye la, nama pon orang gila. kalau dia buat ape-ape, nak dakwa dia pon takboleh. dah la tak hensem. kalau hensem sampai aku ketar-ketar nak pegi melutut nak mintak nombor telefon tu takpe la jugak nak datang minum tiap hari. ni tak, muka pon dah macham jehan miskin kena kepit kat pintu lif jek. huh, tak hingin nak melayan~ erk, apesal aku cerita pasal dia banyak-banyak nih? dah dah. tukar topik boleh?
*tetiba topik ditukar*
kau tahu, kan aku keja kat situ secara tak disengajakan, so, masa mula-mula keja dulu, nak buat air satu gelas pon berjam-jam. haha. tu pon belum tentu jadi. masa tu aku geram gila la kalau ada sesape nak air pelik-pelik. eeeei, rasa nak pukul-pukul dengan bantal je giee! dah tahu aku ni orang baru, order je la teh ke, nescafe ke, milo ke, ni tak. nak yang nipis, yang tebal, kurang manis, nak yang kaw kaw, nak yang tarik panjang, nak yang tarik pendek. haa, hamek la ape je yang aku buat. naseb kau la jadi ke tak. banyak kali jugak aku kena tegur dengan nada sedikit marah, tapi ade sekali tu, ade abang tu siap suruh aku pegi tukar, buat air lain. *sila cuba lagi* aku pon macham, errmm, okay la, aku pegi buat air lain. gila kau nak melawan. muka dia garang gila beb. sekali dia lempang aku, boleh jadi aku tak terbangun dua tiga hari. bala ni, bala! tapi tapi, sekarang dah boleh dah buat air. kau orang patut datang la ramai-ramai, try air aku buat wei. hahaha. apoda. pandai buat air pon dah kecoh satu kampong. sukati la. janji gua reti buat air. lu reti? wawawa. ni, aku ade satu pesanan khas ni. kalau kau minum kat kedai, sedap ke tak sedap ke, tolong la habiskan air eh. sejuk hati aku, kalau air aku buat tu orang habiskan (^_____^). erm, masuk kepada isu memasak, ade la makcik ajar sepatah dua kata, yang ni buat macham ni, yang tu buat macham tu. potong-potong sayur pon aku dah reti potong dengan cara yang betol. ngeh3. woi, kau ingat aku tak reti potong sayur ke selama ni haa?? (macham la selama ni aku reti.hihi.)
erm, ada lagi satu perkembangan aku selama keja kat situ. erk, perkembangan ke?? tah. bagi aku, kira perkembangan la tu.. kat situ, aku tak pernah miss bace paper tiap tiap tiap tiap hari y0u! tapi senah, kali ni aku bukan juz bukak belek-belek tengok gambar dan baca aduan pengguna tu aje ye. sekarang aku dah rajin nak membaca saaatu-satu huruf yang tertulis. ngEe~ tumpang bangga tak dengan aku? haha. baru la aku perasan kat malaysia ni memang banyak cerita pelik-pelik kan? huhu. ada yang buang bayi dari tingkat atas la, ada yang nak tukar nama sebab dah tukar jantina la, ada parents acu pistol kat guru sebab denda anak dia la, ada nak buat demonstrasi BERSIH la, dan yang terbaru la aku kira, yang datuk trio kena denda beribu-ribu kan sebab tunjuk video lucah tuh? haa, ni la pasal aku lagi suka baca nombor daripada baca cerita. ni la sebabnya. aku memang susah nak paham cerita dan kalau paham pon, mesti konfius. apesal yang bagi maklumat pulak yang kena denda? bukan ke dah cukup bukti sape pesalah dalam video tuh? tak kena penjara or denda ke yang macham orang biasa kena tangkap khalwat? maybe sebab dia orang kenamaan kot. bukan orang biasa-biasa,kan? err, tu juz kekonfiusan aku aje okay. takde niat nak masuk campur isu politik macham ni. jangan saman aku woi! huhu.
tapi, sekejap je aku keja. ni aku dah duk kat rumah manis rumah (home sweet home?) sebab ade allergic kat ape tah. huhu. tangan kaki badan dah merah-merah. erk, kau tak rasa bunyi manja gila ke, nak allergic bagai. baru je keja sekejap. aku pon taktahu la wei. rasa macham antibodi aku ni dah strong enough. ape lagi yang tak kena nih? hish, tak paham tak paham, haa, tu je la keja aku masa cuti ni. and moral of the story,, kadang-kadang melayan karenah orang sekeliling ni takde la annoying sangat kan. tapi kalau melayan sangat pon, sometimes annoying jugak. err, ape ni? *fenin*
pssst ; lagi dua bulan nih, aku nak buat ape eh? any sggestion?? hEe~
4 comments:
perlu ke isu izrul di bangkitkan???haha
sian la mkwe die nnti weh,die ingat dak 2 curang lak..
apesal dalam banyak2 aku tulis, ko komen pasal izrul aje?? ishh! n apesal ko login as anonyms? blog ko mane dah?
pnjg sgt.. x larat nk bce bg perabih.. esok sy abihkn ek..nyway,nice blog..
entri anda terlalu panjang... tak lalu nak baca... haha
kalo bisan datang la rumah aku...
boleh ternak lemak sama2.... wakakaka
Post a Comment