8/28/2011

ramadhan with the other family. ;)


you make me wanna say i do, i do, i do do do do love you.. ;)



tengah hari tadi, about 3.30pm aku dah jejak kaki di rumahku syurgaku. dan kepulangan aku yang dinanti disambut dengan hape kau tahu? barang merata-rata, pinggan mangkuk penuh kat sinki, baju kotor penuh bakul, heh, ada apa-apa kau nak tambah?? okay, mak aku taktahu pon sebenarnya yang aku balik hari ni. ingat saja nak buat surprise,, tapi last-last aku yang surprise tengok rumah macham hape. parents aku, kakak aku, adik aku, semua keluar konon pergi shopping raya lah. macham taktahu kat pusat bandar jammed gila, sampai berjam-jam duduk termenung atas kereta, walaupon untuk pergi 7kilometer ke hadapan. jammed teruk. kalau aku la, memang ni kali pertama dan last aku keluar di ambang raya. siriyes taknak dah lepas ni. eei, rimassss! *sambil tangan kipas muka*. tapi ada la alasan yang boleh diterima walaupon tak logik. eh, bukan logik tapi takboleh diterima?? ''alaah, tadi memang keluar awal sangat, takut jammed, tu yang rumah tak sempat kemas''. boleh? =.=''

takpe la mak, anakmu ini sedia menabur bakti....

akceli aku dari rumah miza. aku tolong maksedara dia buat kueh raya, sambil jalan-jalan kat rumah dia, ambil ilmu dari orang katering. ;) mak dia (can consider as my foster mother, coz i call her mak) seenang gila kalau bab-bab masak. sangat simple tapi sedap. mak buat semua makanan sendiri. er, maksud aku bukan setakat lauk, kuih-kuih, pencicah kueh, dan macham-macham la, semua mak masak sendiri. aku mula-mula tu macham amaze gila. benda first la kot yang aku tengok, mak buat kuah rojak buah *yang hitam pekat macham rojak mak bee tuh. kalau sebelum ni, haram aku nak buat, reti pon tak, malas pon ye. ngehee. lepas tahu kuah rojak tu ada homemade punya, aku pon eh, benda ni macham ni ea buatnya, wahh senang jee! lepas ni takpayah nak beli-beli dah. gituuuh! XB

contohnya semalam, aku tengok mak buat kari. lain gila daripada yang biasa aku buat. kalau aku, letak barang tumis *kulit kayu manis+bunga cengkih+lada hitam+ape-ape la yang berkaitan.. lepas tu bancuh serbuk kari sebelum terjun ke periuknye. tapi mak, takde pon guna daun kari, alat penumis pon takde, air santan pon tak guna. serbuk kari pon takyah nak bancuh-bancuh. seenang gila! see? untung la jadi anak orang catering. ;) *aku reti buat apam polkadot pon sebab mak yang ajar. thanks mak.

lagi? aku tolong mak nik (maksedara miza) buat kueh raya untuk tempahan. aku pon taktahu macam mana aku boleh start kenal mak nik dan tolong dia buat kueh. semuanya secara kebetulan. dan sebab 'kebetulan' tu la that make my ramadhan meaningful. betol. i'll miss this ramadhan. ever. ramadhan depan, taktahu free ke tak. more likely tak. ;'(

lepas dah buat kueh tu, kueh ni dengan mak nik, baaanyak benda aku belajar. the most important thing, aku tahu yang tangan aku ni tak lah kasar sangat, macham yang hana selalu cakap. betol la weh aku cakap. tangan aku lembut jugak sebenarnya..ceh! and she's the best boss ever lah! siriyes. mak nik tak pernah tinggalkan her workers buat kerja sendiri. she's always there to help. kalau yang aku kerja sebelum-sebelum ni, boss aku tak ade yang tak kerek. ye la, diorang kan boss. haa, kau buat yang tu, kau buat yang ni. aku? suka hati aku la! =.='' tapi kadang-kadang aku kesian jugak tengok mak nik. she's a career woman. hujung minggu pulak buat kuih raya. sambil tu cilok kejap buat kerja rumah like kemas rumah, sapu habuk, kutip barang bersepah, masak lauk, semua mak nik kena buat. sebab dia ada sons je, takde daughter. kalau dah laki, banyak mana sangat la diorang buat kerja rumah. kemas rumah haram takreti. masak lauk lagi laa. haritu ada sekali mak nik cakap, anis, jadi la anak mak nik. nak? mak nik nak jugak sorang anak perempuan. aku pon hanya mampu menjawab erk, jadi anak? kalau menantu, mak nik? heee. ;B

lagi satu, mak dengan mak nik ni jenis yang tak berkira. mak nik cakap, takpatut la nak berkira dengan orang. tambah lagi dengan anak-anak. nanti anak-anak pon berkira lah nak bagi duit ke ape ke nanti. dunia kan macam roda. mana yang kita buat kat anak-anak, macam tu la anak-anak buat kat kita nanti.. mak pon, kalau ada ape-ape lauk atau kueh yang mak buat banyak, mesti dia pecah-pecah, bagi kat mak tok sikit, bagi kat orang sebelah sikit, bagi kat bla bla bla bla. sekarang dah jarang jiran nak bertukar-tukar lauk. kat kampung aku sendiri dah takde orang macham tu. ;'(

mak nik pon, kelmarin dia treat aku dengan miza, sekali dengan anak-anak dia la, berbuka kat luar. makan kat situ, best giiilaa tomyam dia! hana cakap haissh, kalau kau la, tomyam mana yang taksedap?? haha. hana memang, tak supportive langsung. aku bermangkuk-ayun duk hirup tomyam aje, nasik pon dah tak lalu, makan sikit je. sikit la sangat kann. plus, suka gila tengok anak-anak mak nik makan. haha. diorang makan banyak tahu. dua kali kot panggil waiter suruh tambah nasik. =.='' biasa lah, boys.

dan,, orang yang paaaling aku akan ingat sampai bila-bila ialah mak tok(nenek miza). she's really caring! tapi sebab dah berumur, mak tok pon dah tak berapa sihat, tak boleh nak buat kerja rumah dah. sebab tu masa mak nik ajak aku buat kueh, mak tok awal-awal lagi offer suruh duduk kat rumah dia aje. senang la sebab sebelah je dengan rumah mak nik. memang kebanyakan malam aku tidur kat rumah mak tok la. suka sangat duduk dengan mak tok. dia suka cerita banyak benda. yang paling touching, mak tok selalu cakap dah memang rezeki mak tok la anis sudi nak duduk kat sini bulan-bulan puasa ni, ada jugak orang temankan.. kalau aku, aku selalu pikir, ei, menyusahkan orang aje duduk lama-lama kat rumah diorang. terima kasih sangat sangat sangat mak tok! raya nanti anis datang rumah mak tok ye, insyAllah. ;)

pssst; aku dah dapat duit raya. kau ade??




1 comment:

M Firdaus Mohd said...

wuish, hebat dapat foster mak macam tu, nak duk dengan dia sekali boleh, kita pun nak belajar juga masak2 nih.ahha. :D
p/s: duit raya gua dah habis beli choki2 bro.