8/30/2011

that's how my raya's going.. ;)



salam aidilfitri. ;)

raya aku tahun ni taktahu la nak consider the feeling tu camane. happy? hillarious? sad? fun? tired? semua sekali?? =.=''

macham yang aku tulis dalam entry sebelum ni, dua hari nak raya baru aku balik rumah. dan aku kemas rumah sikit. dan aku ternampak kain yang nak dibuat baju raya. dan guess what, ianya sama macam masa aku mula-mula beli dulu. ohmai! bukan kata nak jahit, potong pon belum!! (raya tahun ni my sis offer nak jahitkan baju family)

''wei mana baju raya aku????''
aduyai. ;'(

,, baju raya tahun ni, aku kena jahit sendiri la nampak gayanya. tapi tapi, disebabkan dah banyak tahun frust baju raya tak siap (sebelum ni tempah kat kedai), aku zassss went to kedai baju, beli sepasang baju siap. on the spot! serius taknak pakai tshirt dengan kain sarung di pagi raya, sambil tunggu baju raya dihantar ke rumah, tengah hari baru dapat pegi beraya dengan baju yang dah takde seri aidilfitri. T_T

dengan kepakaran menjahit yang tak seberapa, maka terpotong jugak la kain aku tuh. huh. dah siap potong, baru teringat, kat umah aku mana ada mesin jahit kelim! aduh. lepas tu sambung kemas rumah balik sambil usha-usha barang apa yang ada, kot-kot aku nak buat kuih ke. siap plan dah ni. nak buat kuih tu, nak buat kuih ni. siap ada hati nak baking butter cake lagi tuh. sebab bahan dia semua cukup. tapi plan je la yang grand, aku duk melagha depan tv. bajet masa panjang lagi nak buat semua tuh.

aku imagine, raya ni quite fun, sebab first time kot me and family nak beraya kat rumah. FIRST TIME. before this kitorang beraya kat rumah atok aku. sebab semua saudara mara berkumpul kat situ. aku pon tak ingat, sapa yang keluarkan isu nak beraya kat rumah tahun ni. adakah adik aku, kakak aku, ataupon aku sendiri?..

tapi ada pulak masalah menimpa. dengan kakak aku tak siap jahit baju raya, sampai aku pon kena berjaga sampai pukul berapa entah semalam sebab kena tolong dia jahit baju, jahit manik. sekali dengan baju-baju aku pon tak siap. aku takpe, sebelum ni pon baju aku tak pernah nak siap. adik aku aje la, baju dia tak pernah taksiap, so, kalau kali ni tak siap, memang haram nak nampak dia keluar bilik. konon merajuk. ;P sambil tu dengar mak aku duk kelentang kelentung kat dapur, sorang-sorang. plan aku yang tadi nya nak buat kuih tu, nak buat kuih ni. siap ada hati nak baking butter cake lagi tuh dah memang boleh buang dari ingatan. hancur segala plan. erhghh!

raya tahun ni mak aku buat nasi dagang. tapi rendang tak sempat nak buat sebab aku ngan akak aku tak sempat nak menolong. jahit baju punya pasal. tak dapat nak menikmati suasana malam raya. sob3.

pagi raya macham biasa la, ziarah kubur, pergi rumah atok aku kejap, beraya dengan saudara mara, lepas tu balik rumah, siapkan makanan nak jamu tetamu. sambil takde buat kerja tu, atas permintaan akak aku, aku buat la apam polkadot sikit, ingat nak jugak teruskan hajat nak buat butter cake tuh, tapi akak aku cakap keluarga mak mertua dia nak datang insyAllah esok ataupon lusa, so, tangguh dulu la. lagipon kuih dah banyak. mak nik bagi berapa bekas kat aku haritu. semua puji kuih raya sedap! told you kuih mak nik memang sedap. especially her almond london. ;)

rupanya best jugak beraya kat rumah sendiri. buat open house secara kecil-kecilan (kalau adik aku, dia tulis 'kecik-keciklan'. hahaha). baru merasa nikmat letihnya nak layan tetamu. nak basuh pinggan mangkuk gelas cawan lepas tetamu balik. kuih pon buat sendiri. senyum je dengar wah sedapnya kuih ni, sedapnya kuih tu.. tadi pulak bakar satay. sambil tengok fireworks tak putus-putus kat langit. err, lngit??

that's how my raya's goin. and luckily i've bought baju siap as spare, so takde masalah nak beraya di pagi hari di hari raya ini. ;) lusa ada invitation ke my friend's wedd. wah dah kawen dia! bila pulak turn aku ni?? ngee.

pssst; raya pics semua dalam camera. malas nak pegi ambik, so, jadilah entry kosong yang membosankan. =.=''





3 comments:

nabilasyafiqa said...

cait , ebo . . follow aku balik :) aku da follow u :) *wink3

an_Nur said...

eqaa!!!! ;)

Eipul said...

wow, sibuknya malam raya ko!
ahaha, aku plak malam raya penat jalan carik baju raya, tapi haram takde yang aku bekenan

kekeke