10/18/2011

kesian kat diorang. T_T



baru lepas baca blog nana.




banyak lagi kejadian melibatkan budak-budak kecik, especially bayi yang baru lahir sejam dua. imagine, diorang dengan susah payah membesar dalam perut sorang diri, makan pon ikut apa yang mak diorang makan, pulak tu duduk dalam gelap sorang-sorang, tup tup lepas aje terkeluar dari kegelapan, tak sempat nak bukak mata tengok dunia lagi, dah dihantar ke alam barzakh. kesian gilaa! yela, mungkin banyak kebaikan mereka tak hidup lama, contohnya diorang tak dihantar ke neraka sebab terpengaruh dengan perangai mak bapak nanti? siapa tahu..

tapi sangat tak patut diorang dihantar jumpa Allah SWT dalam keadaan otak pecah berderai, muka koyak-koyak kena kelar, perut terkeluar usus. nanti Allah tanya, siapa buat ni? -mak buat..


kesian, diorang nazak, tapi tak dapat nak menjerit mintak tolong. T_T

kesian, diorang merasa kesakitan dibuang dari tingkat tinggi yang mana aku pon mungkin tak tertahan rasa sakitnya. T_T

kesian, diorang dah merasa dikelar dengan pisau yang mana aku kalau terhiris hujung jari pon demam dua hari. T_T

kesian, tempat kedua diorang nampak lepas keluar dari perut ibu ialah tong sampah @ mangkuk tandas. T_T

kesian. diorang tak dapat nak belajar abc. T_T

kesian, diorang tak dapat nak main guli dengan kawan-kawan. T_T

kesian, diorang tak dapat nak tengok cerita upin ipin.. T_T

tapi diorang ahli syurga. ;)


#kalau kau beranak tapi taknak anak kau a.k.a TERberanak, kau letak depan rumah aku. aku serious ni. dengan tali pusat lagi family aku akan ambik. serious!




2 comments:

Fikri said...

Skrg bdk2 tu tgh bergembira kat syurga.. :)

Eipul said...

tu ar sian kat baby2 tu, tak sempat nak membesar tgk dunia,

=(