2/09/2011

APE NAK JADI AKU NI. AKU NAK JADI APE NI. TAKTAHU LA..

tengok tajuk, macam nak buat karangan sekolah rendah je. pe barang? huhu. erm. masa kecik-kecik dulu hari-hari duk pikir sal nak jadi ape nanti besar. 'TULIS SEBUAH KARANGAN YANG BERTAJUK CITA-CITA SAYA.' tiap kali subjek bahasa melayu, ade je kena wat karangan pasal tuh. sebab tu masa kecik macam-macam cita-cita aku ada. yela, kalau cita-cita aku sama je dari start sekolah, sampai hujung tahun, alamatnya karangan yang sama la aku duk ulang tiap minggu. cikgu pon la. aish. disebabkan cikgu, aku terpaksa merandomkan cita-cita aku. alaah, bukan tahu ape pon masa tu kan. yang aku tahu, cita-cita : nak jadi doktor, cikgu, polis, askar je. taktahu pulak banyak lagi jenis cita-cita yang ada kat dunia nih sebenarnya. hihi. kalau aku tahu dari kecik la, boleh gak aku simpan cita-cita nak jadi computer programmer ke, animator ke, engineer ke, FA ke. huhu. tak tak. part yang nak jadik FA sampai sekarang aku tak terpikir pon nak jadik.


setakat ni, yang aku nampak FA sumer cun. jeles.

cita-cita pertama aku. aku nak jadi polis. haha. kawan-kawan yang cadangkan. masa tu sekolah rendah. takde la tomboy, tapi aku cam kasar sikit. sikit je. betol. sikit je. eheh. kawan aku kata, kalau polis, boleh tumbuk orang kalau aku nak. dan kalau aku tak suka kat budak mana-mana pon, boleh letak budak tu dalam lokap dan gelak kat dy hari-hari. erk. kalau la boleh wat camtu, kan best.


mesra, cekap dan betul. (erk?)

dan, masa kecik jugak, aku ada berangan nak jadi cikgu. sebab cikgu selalu dapat hadiah masa hari guru. banyak. walaupon juz sabun mandi @ tisu kotak kan. haha. kawan aku suka bagi benda- benda macam tu. sebab benda tu dah ada bentuk. tak susah la nak balut. aduyai. anak sape la tu. macam budak-budak. pastu, cikgu banyak jamuan. asal lepas mesyuarat je, ada jamuan. asal ada ceramah je, jamuan. kat budak-budak tak bagi pon makan. dah la makanan sedap-sedap. free pulak tu. tapi pikir-pikir balik, taknak dah jadi cikgu lepas tu. sebab aku pikir, cikgu selalu kena baca buku. ye la, nak ajar budak-budak, cikgu kena la jadi pandai dulu kan. so, aku terpikir la. cikgu ni macam takde life je. mana ada masa nak main guli, nak main masak-masak, nak mandi sungai, nak tido petang-petang, nak tengok tv malam-malam. masa cikgu habis dengan baca buku je.


aku taksuka cikgu yang ada pembaris panjang camni. asyik nak ketuk budak je. aku yang baik giler ni pon salu je kena. tak patut betol.

pastu masuk sekolah menengah, dah matured dah sikit bab-bab pikir masa depan nih. baru la aku decide nak jadi ape. apekah? huhu. accountant! ni la cita-cita aku yang paling lama bertahan. sampai form3 aku duk teringat nak jadi akauntan. sebab aku sangat sangat sangat sangat suka matematik. masa tu, kalau aku g library, ada je jumpa buku prinsip akaun yang form4 @ form5 punya, mula la nak lepak lama-lama. bukan paham pon. duk belek-belek sampai habis. macam takde keje. sampai la form4 aku dapat masuk asrama penuh. masa tu cam hancur jugak ah hati aku. huhu. nama pon sekolah sains, mana boleh amik prinsip akaun, ekonomi, perdagangan ape sumer tu. hurm. naseb ah. asal ada matematik. lagi syok matematik tambahan uh. peh. pusing otak aku. sampai situ je la aku ada cita-cita. then, tak berharap dah nak jadi ape. macam frust gile ah. eheh. biar masa menentukan. eceh.


cita-citaku dalam kenangan

sekarang, dapat kos ni.. erk. keje ni ke aku nanti. tak kot.


engineer minyak. sesape kwn aku yang mampu end up jadik bnda nih, salute ah!

erm. tapi maybe nanti-nanti aku nak jadi ni kot.. cikgu kimia @ cikgu matematik. huhu. AMIN.


cikgu anis. pehh. haha.

pssst ; papepon, tak kesah la. rezeki ada kat mana-mana. XD

6 comments:

MiSs aNySs said...

jadi ja apa2 pon asalkan halal! hehehe

EIPUL said...

haha
cecita aku plak nak jadik interior designer, tapi macam dah tak boleh berlaku jek, takpe la aku pasrah maybe ada benda lain yang aku ditakdirkan untuk buat kat dunia ni, kekeke

Unknown said...

sudah 5 kali pagi ini aku jumpa blogger nama anis.
aku juga anis. :)

masa aku kecik, aku nak jadi penyiasat. macam.. entah apa apa. -__-

:: ANNUR :: said...

anyss ; a,ah. mcm tu la nak kata td tu. apepon boleh jadi. asal dapat makan. huhu.

eipul ; eheh. mana tahu abis je ko blaja, tup2 ade org offer jadik ID wpon bukan bdg ko. amcam?? haha. kot la ko design pape, post kat belog then ade org bkenan kan. XD

ungu ; haha. banyak je ade jumpa nama sama.
erm. tapi cam okay je pon penyiasat. macam aaron aziz lam pisau cukur. hiihii. i loikkeeee. =P

Anonymous said...

just wanna v my opinion jew....
mmg la kite yg menentukn cita2 tp hanya yg berkuasa menentukn msa depan kite hanya la Allah...kernaNya tahu apa yg kite xtahu...

piss:aq sokong apa yg ko buat asalkn betul n gembira(dari katak kokolater)

:: ANNUR :: said...

anonymous ; shukk kah?? huhu. thnx! =D