2/18/2011

DIKALA ORANG LAIN PEGI EXAM..

waktu-waktu macam ni.. kalo kat laptop hana ni, sekarang pukul 8.36 malam. aku mula la tup tap tup tap menaip kat laptop dy. huhu. tapi perlu ke aku guna laptop dy?? perlu la kak limah oiiiii~ laptop aku ada masalah dalaman sikit sekarang. takde tanda ''koma''. huh. masalah betol la. tak paham aku. so, sebagai langkah bijak, untuk tidak men-kurangmenarik-kan post aku, supaya tak jadi macam contoh-karangan-pmr-yang-kompem-fail, baik la aku curik guna laptop beliau. eceh. konon la kan kalo guna laptop hana, post aku jadik lagi menarik. erk. no komen. =.=''

tadi lepas je hana memblahkan dirinya pegi exam hall, aku terus la mai ketuk-ketik bilik dy ni. dan nampak rumet tersayang dy ni ngah kacau gaul perencah megi. tapi aku tengok macam......... so, aku tanya la, nape jadik kembang semangkuk megi tu? aku expect la dy jawab camni, ''tadi lepas rendam megi tu, g semayang, lepas tu bukak pesbuk, lepas tu dah lupa ada rendam megi, lepas tu dah ingat balik, lepas tu tengok-tengok dah kembang, lepas tu nak wat macam mana kan, lepas tu redha je la..''

tapi tapi ape yang dy jawab, jauh bersimpang-siur la daripada yang aku expect tadi. dy jawab, ''memang sengaja bagi kembang. sebab ngah lapar sangat. kalo dah kembang, jadi banyak sikit.'' adus. tak pernah ku jumpa orang macam ni. =.='' gila c0mel dohh.

erm. aku tulis entry ni sebab dah bosan gilak duk saje tak wat ape-ape macam ni. tadi sebelum hana g exam, dy ada la lepak lam bilik aku jap. maybe dy g ngan rumet aku kot. naik motor. so, tadi dy cakap la kat aku, suruh aku pegi jugak. takpayah sit exam sekali, juz merayau-rayau kat luar hall sebagai tanda lepas-tengok-aku-semangat-nak-jawab-vector-space-jadi-berkobar-kobar.. gituu~ tapi hape ke jadahnya aku nak wat cheer kat luar tu? huh. baik duk lam bilik, makan megi. kan? erk. bukan megi kembang semangkok macam syieda ye. haha. betol la kawan aku kata, kalo dah tengah-tengah bulan macam ni, makan megi pon dah rase macam makan mcD prosperity je. dy punya nikmat tu PEHH! haha. ah, kfc pon takleh lawan ah.

haa, berbalik sal tadi, lepas hana kata dy nak aku tunggu dy kat luar hall, aku teringat la kat chekgu-chekgi aku masa darjah 6. masa upsr la. sorang cikgu je dibenarkan duduk kat luar hall. dan cikgu tu pon mula la g ulang alik ke depan ke belakang kat luar hall tu. masa tu aku duk kat belakang. setiap subjek aku exam, setiap kali tu la aku tengok cikgu subjek tu tunggu kat luar. aku ase cam adus-cikgu-tak-perlu-la-nak-tunggu-kat-situ.. yela, aku ase makin stress kot. bayangkanlah, kalau mee tomyam malee classic ade kat depan mata, tapi aku boleh tengok je, takleh makan, amacam? geram tak? ase cam nak ketuk pale orang tak? ase cam nak pancung pale monyet tak? haa. camtu jugak la. dah la soalan susah gila, nampak pulak cikgu depan mata tapi takleh g keluar bawak soalan, nak tanya jawapan kat cikgu tu. aduyai. aku lagi prefer takde cikgu tunggu kat luar. takde la dalam hati tergedik-gedik nak mintak jawapan kan. huhu. pape je la. nanti kalo aku jadi cikgu esok-esok, aku nak bawak tikar, bentang kat luar hall, duduk-duduk sambil pegang dan tayang-tayang buku subjek yang dorang tengah exam tuh. padan muka. baru la dorang rasa apa yang aku rasa kan. hua hua hua. tapi tu la, dah besar macam ni, baru la tahu, cikgu tunggu kat luar sebab nak bagi semangat kat budak-budak. nak mengingatkan balik penat lelah cikgu mengajar supaya dorang wat yang terbaik. tol tak cikgu? ;)

herm. malam ni laju pulak wifi ukm.. =P

mula la aku nak bukak tab banyak-banyak kan. salah satunya mestilah pesbuk! huhu. walaupon aku tahu kawan-kawan aku kebanyakannya tengah jawab exam masa ni. ngah berhempas pulas mencari jawapan. aku pulak? duk rilek-rilek dalam bilik. heaven tol la camni.. haha. dah bukak pesbuk tu, ada la nampak kawan-kawan kepada kawan-kawan aku anta wish-wish gud luck la hape benda la. dan aku pon dengan senang hatinya pegi LIKE satu-satu. haha. bosan d0hh. dan aku lak terpikir, kalau dulu, sebelum ade pesbuk nih, camner bebudak ni wish exam kat kawan-kawan? aku ase takde la nak send-to-many, wish gud luck tuk setiap exam kan? hurm. bagus tol la pesbuk nih. medium yang amat sangat bagus tuk memberi semangat. ngeh3! tapi ade je friendster myspace bagai kan. cuma tak se-grand pesbuk je la..

ish! melagha pulak aku ngadap belog ni. dah dah. nak tengok cite plak. LOL.

pssst ; ngah2 menaip,, aku dengar lagu ni. LOVE LIGHT. best la kot bagi aku.

2 comments:

the GirL said...

aku x jadi nak gali kubur lepas exam td... ngehngehngeh...

an_Nur said...

haha. biasa ko gali siap2 kan.. lepas kuar hall trus terjun menjunam. kali ni tak pulak? pelik. =.=''