wEe~
dah seminggu aku start kerja. jadi cikgu taska. huhu. bapak letih gile aku cakap kau. tapi fun la. aku jaga budak tiga tahun. memang nakal saaaaaaaangat. ee! geram mak nak pukul diorang ngan bantal nokk! tapi tu la. asal acah nak pukul je, mula la buat mula sememeh nak nangis. tak jadi dah nak pukul. mujur cikgu diorang yang sorang ni berhati lembut. ngeh3! ala, bukan aku nak pukul sangat pon. [-.-''erm. pagi-pagi pukol 7.30 dah start dah kerja. okay la jugak sebab sepupu aku pon start kerja sama masa. takde la masalah transport. tapi kesian la. sejak aku kerja kat sini, pergi kerja pon ngan kereta. sepupu aku pon dah takleh cilok sana sini. leceh la nak bawak keta kalau setakat nak pergi kerja dekat ngan rumah camni. nak parking lagi satu hal.tapi lepas ni aku ingat nak ajak naik moto je. seksi ape pakai baju kurung naik moto. kan kan kan? hahahaha. dah. aku nak cerita pasal kerja aku ni cik kak oi. bukan pasal sepupu aku moto kereta bagai. adus.
haa, dah pagi pagi sampai tu tunggu la kat pintu. masa tu budak budak dah sampai sebab parents diorang pon mula keje masa ni je semua. tapi tunggu kat pintu je la. dah budak tu masuk sendiri, tarik beg diorang sendiri letak dalam loker sendiri. impress gak aku, camner budak tiga tahun boleh ingat yang mana loker masing-masing. betol. tak payah aku nak bawak, nak tolong carikan yang mana loker diorang. lagi satu, masa nak mandikan. walaupon aku tak kenal yang mana sabun tu, tapi diorang kenal mandian masing-masing. botol susu pon macham tu jugak. lepas watkan susu, letak je atas meja, diorang akan hamek yang diorang punya. tak gaduh-gaduh. masing-masing hamek diorang punya, then masuk tido. sekali dengan aku aku pon kadang-kadang tertido kat situ sekali. tapi tak lama la sebab kena basuh botol susu diorang tu ngan sediakan pampers nak tukar lepas tido.
huhu. setakat ni emosi aku tak terganggu sangat la dek budak-budak tak terurus macham diorang ni. eheh. aku sebenarnya nak letak gambar budak-budak ni, tapi hanset aku takde usb. tah letak kat mana. nanti aku nak wat lagi satu entry pasal budak-budak ni, aku nak letak gambar diorang banyak-banyak. termasuk la budak jagaan aku yang paaaaaling nakal. aku ada hantar mms kat hana, dia kata comel. haha. okay, aku pon rasa dia comel gila. baru tiga tahun doe, muka licin bersih halus mulus lagi. bukan macham kita kita ni. berjerawat sana sini. siap ada parut lagi. huh. tapi tapi, sebab dia la aku sakit tekak sekarang ni. nakal doe. tiap lima minit kena laung suruh diam. tu pon kadang-kadang diam, kadang-kadang wat derk je. hangin aku.
semalam aku dah demam dah. haha. aku yang selama ni nak demam setahun sekali pon susah, dah kerja taska senang pulak demam. aha. tu la. penangan budak-budak ni kuat weyh. jangan memain. sekali kita wat dia pening ajar dia abc, dia akan wat kita laaaagi pening ak layan kerenah dia. tapi kalau tak ajar, bagi main je, parents pulak bising. konon tak berkembang otak la ape la. waktu tengah hari macham ni. diorang akan mandi, then minum susu, pastu masuk tido. semalam lepas siap mandikan, lepas siap pack baju-baju letak dlam bag diorang balik, lepas siap sumer-sumer la. aku pon pegi la kat bilik tu. ada yang berdengkur, yang mengigau cakar-cakar dinding. ape hal la diorang mimpi tu. pastu aku pegi la belakang sekali, kat tempat letak tilam tu ada dua meja kecik. aku hape lagi, terlentang la tido kat situ. nama pon demam d0e. mana nak larat kerja lama-lama. dah ada tilam lebih, aku wat la alas kepala. terlentok jugak aku kat situ. pastu tengah-tengah layan nak tido, ada budak kejut aku, bagi botol susu dia kat aku. walawei. ingat aku macham dia ke, nak tido kena minum susu dulu. ehehhe. adoi. aku ingat semua dah tido. [=.=''
haa, ada la semalam, cikgu yang lagi sorang tu suruh bebudak ni nyanyi, then baru belajar nombor. pastu nyanyi la. ada satu lagu tu memang lawak gila ah.
''okay, semua nyanyi lagu burung gagak.''
''lagu burung gagak yang mana cikgu?''
''lahh, ada satu je kan lagu burung gagak. cepat nyanyi, satu dua tiga..''
''burung gagak tua, hinggap di jendela, nenek sudah tua, giginya tinggal dua.''
aku mula-mula macham blur la, lagu ape tu? memang la biase dengar tapi rase ada something wrong somewhere la. sengal. bukan gagak tua, tu kakak tua. [=.='' gelak sorang-sorang aku kat situ. hahahaha. ada pulak tertukar lagu. adoi.
pssst; nanti aku letak gambar diorang banyak-banyak. comel d0wh. ^___^
5 comments:
hahaha..mesti bestkan...apepon, aku rindu sama kamu..^^
hahaha... cumey... burung gagak tua.... hahaha
cepat-cepat letak gamba diorang, tak sabar nak tengok kecomelan nye, huhu ^_^
haha, takbleh blah lagu burung gagak tua, mana dia belajar silibus lagu tu? huhu
mmg sangat comel! hihihi cecepat ltak pic dorg k? :)
meh ke rumah..
~a week already~
keep in touch ye..♥♥♥
Post a Comment