8/10/2011

puasa kali ni serius letih! ;'(



salam ;)

hari ni dah 10hb Ogos, bersamaan dengan 10 Ramadhan, iaitu dah 10 hari kita semua berpuasa. KITA SEMUA ke?! (bengang sebab semalam nampak orang laki melepak kat mall sambil pegang botol 100+ yang airnya dah habis! tak malu betol.) dah 10 hari aku puasa, rasa macam nothing much amal yang aku buat. bak kata makcik sebelah rumah, 'kaut yang wajib-wajib je'. =.=''

since form 1, ni la first time aku dapat berpuasa penuh kat rumah. selepas 7tahun, baru merasa puasa kat rumah. gila happy. sebelum ni puasa kat hostel aje, dengan lauk berbuka kekadang ada kekadang takde, dengan sahurnya banyak yang takbangun daripada bangun. dua tiga hari nak raya, pening pulak dengan tiket bas habis la, kena naik bas tambahan la, macam-macam. tahun ni memang tahun bertuah. hope bukan tahun terakhir yang aku dapat puasa penuh kat rumah. ;)

yang jadi masalah, sepatutnya tahun ni jadi puasa yang paling best, paling bersemangat bagi orang-orang macam aku ni. tapi sebaliknya berlaku, puasa kali ni aku rasa luar biasa letih, tak semangat langsung. and surprisely, orang sekeliling aku, nenek dengan makcik pon cakap benda yang sama. diorang takpe la, faktor peningkatan umur mungkin.? aku ni, baru 20tahun kot. still muda bergaya gagah perkasa gituu. apesal eh? *thinking*

rutin aku yang dulunya macam smooth je, sekarang dah jadi keruh semacam. mana taknya, puasa kali ni seriously dipenuhi dengan tidur. ada la kekadang aku menolong makcik buat kueh raya untuk tempahan, tapi weekend aje, sebab weekdays makcik kerja, jadi dia takboleh nak buat acuan. padahal sahur pon bukan aku yang siapkan, orang lain yang masak nasik, masak lauk bagai. aku bangun, pegi dapur mengadap meja sampai ada nasik orang letak. easy life! (satu kelebihan puasa kali ni, sahur setakat ni takpernah skip lagi. hee.) lepas sahur pon aku basuh pinggan ala kadar aje, lepas tu masuk bilik, terus tidur balik. dengan sembahyangnya tak lagi, makanan pon baru sampai kat tekak. memang heaven gila tidur masa tu. huhu. bukan kata nak baca-baca Quran ke, semayang tahajjud ke ape ke. at least paling malas pon, boleh tengok tv aje, masa tu ada tazkirah dah kat tv. tapi tak, aku directly go to my room, zZzzzz~

hem, kenapakah?? nak kata panas terik, tahun-tahun sebelum ni pon panas jugak. boleh aje aku pergi class, naik bas, tengok budak-budak chinese teguk air merata tempat, pastu jalan-jalan cari class kat mana. boleh je tahan. aku suka je puasa. tapi kali ni, bukan ada kena buat kerja berat pon. kalau kemas rumah pon takde la sampai berpeluh-peluh. tapi pelik, letih sangat. lapar tu ada la sikit, dahaga pon takde la sampai aku rasa nak berbuka. ngee. tapi letih tu Subhanallah, macam dah kerja buruh dah aku. serius, macam kerja buruh. =.=''

malam-malam awal puasa tahun ni pon dah cilok-cilok sembahyang terawih. ada pergi, ada tak. last-last puasa macam mana la agaknya ye. mintak ditetapkan hati. Amin.
nak update pon takde mood. sibuk dengan tidur je. tidur lama sangat, bangun pon dah pening. satu kerja pon tak jadik. walawei.

okay, cukup lah merungutnya. nak bersiap pergi terawih. moh le kite....#okbai.




No comments: