8/11/2011

majlis berbuka & saman.


salam jumaat. ;)


hari ni dah jumaat. cepatnyee! aku rasa baru dua kali pejam celik. takkan hari ahad dah jadi jumaat tros? walla. dah la hujan pepagi buta ni. yang peliknya, tak pulak aku rasa nak membuta. hai laa, dunia dunia. *apehal salahkan dunia pulak ni? =.=''

akceli hari ni atok aku berhajat nak buat majlis berbuka puasa, tapi malangnya mak aku dengan maksedara aku ada hal pulak, so majlis ditunda ke hari esok. eh, ni kampung kot? takde pon orang nak saman kalau tunda majlis. ngee. yela, takkan orang-orang kampung nak datang gotong-royong, tapi tuan rumah takde kan? memang la bapak aku dengan bapak sedara aku takde keje, tapi err, takkan nak teruskan jugak? takpatut kot. huhu. ;B

disebabkan hujan ni, dan aku pon tak rasa nak tidur, tadi lepas sahur dah start blogwalking *semangat! haha. dan tadi aku ada la terbaca yang pasal bekas tunang saman bekas tunang dia (erk?) sebanyak rm1.1 juta, sebab batalkan perkahwinan 6jam sebelum diijabkabul. (nak baca: sini) yang putuskan tu pihak perempuan dan yang menyaman tu pihak lelaki. huh. dunia sekarang dah kejam ye. okay, yang memulakan hal ni memang pihak perempuan tu, tapi berpada-pada la, mintak gantirugi hantaran je pon dah memadai, ni siap campur dengan saman malu rm500 000 bagai. mengadanya. =.='' takkan grand gila kot majlis dia. kesian, mana la pihak perempuan tuh nak cari duit sebanyak tu.

huhu. aku nak bagitau tu je la kot. serius terkejut, sampai orang kebanyakan pon boleh main saman-saman sampai jutaan nih. aku ingat anak-anak menteri aje yang layak tuntut saman sebanyak tu, termasuk saman malu, yang bernilai ratusan ribu? aduh. semoga aku dijauhkan daripada menerima ujian macam ni. sampai ke tua kot perempuan tu kena kumpul duit, semata-mata sebab tak jadi kahwin? mana lah kita tahu hikmah ape disebalik pembatalan kahwin tu. janganla kejam sangat. =.=''

erm, aku pon termasuk dalam golongan yang selalu tersilap kalau nak buat keputusan. memang aku fail habis la kalau kau nak suruh aku buat pilihan ataupon keputusan nih. so aku sangatlah berdoa, janganlah Allah SWT masukkan aku dalam golongan yang tersilap langkah macam ni, sampaikan aku takdapat menyara orangtua aku sampai diorang dah tak ada. Amin.



pssst; ''belajar dari kesilapan'' dah boleh ditukar kepada ''merana dari kesilapan''. fikir la banyak kali sebelum nak kawen tuh. aku pon dah tak rasa nak kawen la macam ni. =.=''




No comments: