salam. ;)
tak sure hari ni berapa haribulan (thanks to calendar sebab pegi beraya jauh-jauh, sampai aku cari dari tadi tak jumpa-jumpa.) tapi yang pastinya, sekarang tengah musim student baru pegi berdaftar kan? wah, uptodate jugak aku rupanya. haha.
tengok status kat facebook, ada yang dah nak naik flight la, ada yang naik kapal la, ada yang naik kL la, macham-macham. rasa macham meriah la pulak. seingat aku, time dapat pegi uni haritu, takde pulak semeriah ni. maybe masa tu facebook ni tak seaktif sekarang kot, or sebab kesuntukan masa yang terlampau. siriyes, masa aku dulu, dapat surat tak sampai sebulan, terus kena daftar. banyak benda tak settle. tambah lagi aku tengah keje kat penang, nak balik tu pon dah lambat. kalut gila. =.=''
one of my friend got unimas. huhu. aku tengok status dia la tu, yang kata dah nak naik flight. bestnya dia boleh pegi belajar jauh-jauh. ni la yang orang panggil anak perantau. great what.? aku? menceruk kat ukm. okay la, at least ukm was my universiti pujaan. WAS okay, sebelum aku tahu kat ukm ada banyak anjing gila, banyak monyet pelahap. sangat menggembirakan if kau dapat apa yang kau idamkan. ;)
hurm, camane eh kalau dulu aku apply unimas? sebab dulu aku suka sangat pegi tempat orang yang jauhhhh daripada tempat aku. fun. rasa berdikari tu lebih la. eh eh, duduk ukm pon rasa berdikari jugak, tambah lagi dapat duduk kat kolej yang makanannya mencekik darah, sampai aku kena naik bas semata-mata nak makan kat tempat yang lebih murah di hari-hari penghujung setiap final. pokai? mestilah ye...
people does change. sekarang aku rasa nak belajar dekat-dekat pulak. baru dapat feeling HOME SWEET HOME gituh. thank God aku tak terpikir pon nak apply unimas, dan sekarang aku rasa macham rugi pulak tak apply usm kubang kerian, or yang biasa-biasa, umk. betol la cikgu aku cakap, kalau dah selalu sangat pegi jauh-jauh, akan rindu kampung halaman. now rasa dah taknak berpisah dengan rumah.
bakal suami? haha. kalau tanya aku sekarang, biar la mak aku cari orang kampung ni aje. taknak berarak jauh-jauh. paling tak pon, mintak-mintak la budak kelantan je. senang nak tengok parents aku nanti diorang dah tua. tapi aku tak sure la jawapan yang sama ke kalau kau tanya dua tiga tahun lepas ni. ngeeheee. *aishh, dah melalut.
last but not least, aku nak ucapkan tahniah kepada sesiapa yang dapat masuk universiti, semoga anda kuat semangat menghadapi segala ujian. ;)
#okbai.
No comments:
Post a Comment