3/20/2011

takde motip..... ;P

(psttt: entry ni ditulis sebab aku bosan gila.)

cik tijah oiii~
kau tengok jam sekarang pukul berapa? wa wa wa. awal gila mak bangun hari ni n0x! *riyak.
aku pepagi lagi dah sakit ferut. bangun-bangun dah 6.45am, duduk hilangkan mamai dulu dalam 5 minit, then baru terasa ferutku sakit oh! cikgu aku kata, kalau nak buat keputusan apa-apa pon, kena pikir dengan akal, kena tengok dengan mata hati.. so, aku tengok la dengan mata hati aku yang polos ni, aiiii, nak lepak kat toilet dulu ke, nak semayang subuh dulu? kalau dah lepak kat toilet dengan keadaan perut boroi aku ni, maw sejam la jawabnya. kalau aku start lepak pukul 6.50am, mesti dalam pukul 8am baru keluar. mana sempat subuh! jap, kalau bagi diskaun sikit, maybe dalam pukul 7.15am @ 7.30am dah settle. pon tak sempat nak semayang.. adus.
semayang dulu laa.. oho, ni kalau cikgu aku baca la entry ni, maw senyum sedepa ni, aku ingat lagi nasihat dia sampai sekarang. ngEe~


ce teka aku kat mana sekarang? ukm lor.. hai la kau anis, asal hujung minggu je lepak ukm kan?
bukan jauh pon la putrajaya-ukm. naik dua tren dah sampai oh. yang penting,, ukm sweet ukm! wEe~ erm, tapi bukan lepak kat bilik aku la, kat bilik hana.

hana kata : nak wat cane kan. memang bilik aku untuk kawan-kawan pon..

sadis gila ayat. T_T. takpe la hana,, aku tak ganggu la kalau kau nak study, aku senyap senyap je menumpang okay. tu pon kalau study la. tapi harammm la nak tengok kau study hujung minggu kan. huh. cakap je lebeyy. lagipon hujung minggu ni sepupu aku balik kampung la. takkan aku nak duk sorang-sorang kat rumah tu. seram seh. kalau datang ukm kan best, letrik kat rumah pon jimat, air pon jimat. ngeh3!


tapi silap ah, aku datang dengan sehelai sepinggangg lenggang lenggang kangkung je, tak bawak laptop or watsoever. dan dan semalam hana punya kawan-kawan ajak dia keluar. aku pon ingat nak join la. lama dah tak pegi berjimba rasa jiwa muda remaja kan. ehhe. alah, kalau takpegi pon, memang terpaksa pegi.

hana kata : tak hot la aku nak jalan sorang-sorang! *pengsan*.

gedik gila hana sekarang ni ye, nak hot hot bagai. hahaha. dan diulangi,, aku takbawak baju lebih laa! aku bawak baju tshirt sehelai, n seluar track je. mula-mula hana bajet nak bagi pinjam dia punya baju, tapi hampesss! baju-baju dia dah dikumpul menjadi bundle. pemalas siott! seminggu tak basuhh. buzy study agaknya.....


then rumet dia offerkan satu baju nak bagi aku pinjam. dan fortunately, baju tu tak sesingkat tuan dia. ngEh3! kau tahu baju ape? blaus beb! haha. biasa aku keluar pakai tshirt je, semalam keluar pakai blaus. mak ai. ayu gila ah! (sorry ayu, aku bukan nak mengata kau)..

gambar ni aku google je. tapi baju macham ni laaaa.

tapi untuk kali pertamanye pegi mall pakai blaus, siyes la aku rasa macham sopan gila. duduk makan kat mid pon dah pandai silang silang kaki. haha. otomatik dohh. aisshh. kau patut tengok ah. papepon, selesa jugak pakai baju macham tu. erm, lain kali bagi pinjam lagi ye~ heheh.
dah. aku pegi buat ape je. nak shuppim sakan amatlah dilarang ye. sebab poket dah hampir kosong. yang ada hanya la duit seringgit-seringgit. hai la.. kesian gila bunyiknya..

so kay la, balik bilik uh, aku guna laptop hana jap, dia, tido la jawabnya. letih berjalan kot. eheh. kalau taktido, duk melagha je depan laptop, tengok cite dia baru copy semalam.


aku tengok jalan cerita dia pon macham best. tapi aku bukan la korea's stalker macham hana. tengok satu part dah mencurah-curah air mata ke bumi. eh, tak tak. tak sempat jatuh ke bumi, tisu telah menghalangi... ai, bersastera pulak. aku mula-mula join jugak la tengok, tapi dah sob sob sob je si hana tuh, takde m0od dah aku nak tengok sekali. siod hana. suka menghalau mood aku. haish. pastu agak-agak aku nak buat ape eh? sudoku tertinggal kat rumah. haa, aku ada beli buku ni..

hana kata best. erm, best aje budak tu...

aku google ''buku pemilik cintaku'', tapi ada jumpa yang ni.. wat de hal? klik kat gambar.
dah lama sikit uh, lapo la pulakk! so, zuppppp le kami ke cafe burhan yang terchenta.
huh, cam lengang sikit. biasa kosong je. eheh. tapi malangnya,, sejarah sudah berulang!

''masakan panas takde dik, tukang masak demam.''

dem! kalau la aku makan puas-puas masa keluar tu. balik-balik dengan air je la sebungkus. naseb laa.. megi lagiiiii~ ni la penyebab aku bangun pagi dah sakit ferut tadi tu. ni la pasal. tapi gila sedap ah megi ni. haha.


erm, hari ni dah nak balik putra. last aku on9 untuk minggu ni, dan minggu depan. taktahu bila pulak aku mai sini. ai, tadi kata dekat? ehhe. dekat tu memang la dekat. tapi sampai mengganggu ketenteraman suasana kolej burhan tiap hujung minggu, tak syiokk jugak.
urm, dah pukul 9 ni. hana pon takreti2 nak bangun lagi ke?? tu la, dah tido lepas subuh, mananye nak bangun kalau tak tengah hari kan? ceh. mentang2 la aku bangun awal....

hana oh hana.....



3 comments:

Anonymous said...

blik2 ak je~huh..
weh,tngok tau cite 2..best gler la!

Lilyel said...

Salam.

Saya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

Salam,
Lily

EIPUL said...

haha, aku suka megi tomyam ruski, pedas membara, dan aku suka girls pakai kurung cotton nampak shweet, kahkah, since ko cite pasal blaus kan, huhu