2/18/2011

SEGMEN SIAPA YANG PALING KREATIF

aku pon taktau angin ape datang kat aku.. erk. kreatip ke?? tapi aku ingat nak join segmen ni. =P

tekan kuat-kuat atas gambar kalo nak pegi kat belog tu. belog ni purple. cam sweet je kan. aku konfius jugak masculine ke feminine dy nih. haha. *tuan belog jangan marah aee. =P

taknak cakap panjang. so. aku juz go to the point tros la.

**************

SAYA BERBLOGGING KERANA saya suka panjangkan cerita yang sedia pendek. tulis belog macam lagi syiokkk daripada fesbuk sebab kalau kat fesbuk. takleh tulis status panjang panjang. satu dua perkataan je. *ini tipu. eheh. takde la satu dua perkataan je kan. =.='' tapi tu la. takleh nak hurai panjang panjang. skill wat karangan bm masa spm pon dah nak berkarat dah.
contoh situasi. demam. kalau saya demam hari ni. saya nak jugak tulis sebab saya demam. jenis demam ape yang saya alami ni. agak-agak suspek mana yang bawak virus. kat mana saya beli ubat. ubat ape saya makan. ada saya nangis nak mintak balik rumah ke ape. dan sebagainya. erm. kat fesbuk takleh wat macam ni. kalau dah demam tu. paling panjang pon saya boleh wat status macam ni haa.
''I DEMAM NI U OLLS!~''.
macam takde feel pon kan. huh.

dan saya juga berblogging sebab saya nak hargai kawan-kawan di sekeliling saya. saya nak wish besday panjang panjang kat mereka. contohnya macm besday hana ngan besday ajlaa. eceh. sempat lagi nak promote tuh. saya nak cerita pasal budak-budak kelas saya dan kisah outing saya dengan mereka banyak-banyak. saya nak satukan gambar dalam satu post. tak payah nak tekan 'next next' macam yang dalam fesbuk. haha. sweet tak saya? *pitam*

daannn jugak saya berblogging sebab dulu-dulu masa saya jadi readers je.. saya suka blogwalking dan saya suka komen belog-belog yang saya selalu baca. masa tu saya juz guna akaun google je untuk mengomen entry mereka. then saya rasa saya patut buat jugak belog sebab saya nak dorang pulak baca dan komen entry saya. giituuu~ haha.

dan paling penting. sebab saya berblogging adalah.......... saya stress gilak mengadap buku aje!!

SEKIAN... ;)

pssst; sory ah. entry ni cam pelik. sebab key board saya masuk air. dah takleh tekan 'koma'..

8 comments:

al_hakim said...

masyeh sudi join an nur..=)

p/s:sy maskulin!haha..

Mutiara Bernilai said...

salam.. annur..
keyboard masuk air?heheh..berpeluh2 eh tangan menaip? :)

Que Zulfikri said...

hahahahaha...patutlah byk tanda noktah...

Sunah Sakura said...

juri datang cek jawapn~ :D

:: ANNUR :: said...

al hakim ; huhu. =)

mutiara ; agak ah. alah.. ckit je pon masuk air.. sebab air setitik.. rosak karangan semuka surat. huh.

budakkejut ; haha. macam biasaa! anggap la noktah tu sbg koma..

sunah ; eheh. sila2. =)

EIPUL said...

sokong ko,
hehe
fesbuk 'lame' sebab takley tulis panjang2
blog gak best, kehkeh

:: ANNUR :: said...

likeee ah ko eipul. haha. memang ko pon suka bab2 memanjang2kan cerita ni kan kan? i knoe la. =P ahaha.

Eija Hassan said...

haha,style tulisan bru.
tade koma2 :DD